Hampir langgar polis, rupanya tiada lesen memandu

REMBAU: Seorang lelaki yang tiada lesen memandu bertindak memandu secara berbahaya dengan merempuh tiga kereta dan hampir melanggar anggota polis di Lebuhraya Utara- Selatan (PLUS), dekat sini, malam tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Azmi Ali berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, suspek dikatakan melarikan diri sejauh kira-kira 17 kilometer (km).

“Ketika kejadian anggota polis bertugas membuat rondaan di kawasan KM 225 Lebuhraya Plus arah utara sebelum membuat semakan terhadap sebuah kereta dan mendapati cukai jalan serta insurans tamat tempoh sejak 7 Mei lalu.

“Anggota kemudiannya menyalakan lampu beacon dan mengarahkan kereta itu untuk berhenti tetapi pemandunya tidak mengikut arahan lalu terus memecut dan bergerak secara berbahaya (zig-zag),” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, anggota bertugas berkenaan kemudiannya meminta bantuan anggota peronda Lebuhraya Seremban- Port Dickson (SPDH) untuk menutup semua lorong di KM 242 arah utara.

“Ketika tiba di lokasi yang ditutup, pemandu kereta jenis Volkswagen Passat itu bertindak bergerak secara melawan arus dan melanggar beberapa kenderaan untuk melarikan diri.

“Pemandunya kemudiannya dikatakan meninggalkan kereta di tepi lebuh raya dan melarikan diri ke ladang kelapa sawit dan semak berhampiran,” katanya.

Gambar kredit pembaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *