1
1

Taman Eko Rimba Ulu Bendul masih ditutup sepenuhnya berikutan penularan wabak disyaki kencing tikus (leptospirosis). Arahan penutupan ini dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan (JKNNS).
Kawasan rekreasi ini merangkumi kawasan perkelahan dan air terjun, menjadikannya risiko jangkitan tinggi sekiranya air tercemar dengan air kencing haiwan pembawa.
Leptospirosis (kencing tikus) ialah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh bakteria Leptospira. Bakteria ini dipindahkan kepada manusia melalui air atau tanah yang dicemari air kencing haiwan pembawa, terutamanya tikus.
Jangkitan boleh merebak ke dalam badan manusia melalui beberapa cara seperti luka terbuka pada kulit yang terdedah kepada air atau lumpur tercemar, Mata, hidung, atau mulut terkena percikan air tercemar, Makanan atau minuman yang dicemari oleh sisa buangan haiwan serta aktiviti air seperti berenang atau berkelah di air terjun dan sungai.
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak mengunjungi atau menceroboh kawasan rekreasi tersebut demi menjaga keselamatan dan kesihatan masing-masing.
Pemantauan kualiti air dan pembersihan rapi sedang giat dilakukan bagi memastikan kawasan tersebut benar-benar selamat sebelum dibuka semula.
