Manifesto ditunai, cukai pintu tak naik 5 tahun

SEREMBAN : Kadar cukai pintu kekal dalam tempoh lima tahun menjadi manifesto Barisan Nasional (BN) pertama ditunaikan kerajaan Negeri Sembilan yang baru dibentuk.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berkata, keputusan mengekalkan kadar cukai pintu itu diluluskan dalam Mesyuarat Exco yang bersidang buat pertama kali hari ini.

“Kita mengambil kira rakyat yang perlu menanggung cukai pintu. Keputusan Exco hari ini tiada kenaikan cukai pintu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di sini hari ini.

Ismail berkata, ketetapan tersebut dibuat biarpun sebahagian pihak berkuasa tempatan (PBT) telah
menjalankan kajian semakan cukai pintu sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau berharap rakyat negeri ini menunaikan tanggungjawab membayar cukai pintu tanpa culas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *