SEREMBAN: Bahagian Penguatkuasaan, Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menjalankan operasi penguatkuasaan terhadap sebuah premis di Matahari Height, di sini, yang disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat pelanggaran berkaitan operasi tanpa lesen, iklan tanpa lesen serta disyaki menjalankan aktiviti perjudian dalam talian.

Dalam operasi tersebut, pihak penguat kuasa MBS telah mengeluarkan dua (2) notis kompaun dan melaksanakan sitaan terhadap peralatan/barangan berkaitan untuk tindakan lanjut.
Operasi berjalan dalam keadaan baik dan terkawal. Kesemua barang sitaan telah ditempatkan di stor penyimpanan MBS untuk tujuan tindakan selanjutnya. Laporan polis turut dibuat berhubung operasi berkenaan.

MBS akan terus mempergiatkan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang kecil yang berkuat kuasa demi mewujudkan persekitaran bandar yang teratur, selamat dan sejahtera.

Foto ihsan MBS