PRN Negeri Sembilan 1 Ogos 2026

PUTRAJAYA : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 1 Ogos 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai 2026 manakala hari mengundi awal pada 28 Julai 2026.

“Tempoh berkempen bagi PRN Negeri Sembilan bermula 18 Julai sehingga 31 Julai 2026,” katanya pada sidang akhbar di Menara SPR di sini hari ini.

Beliau berkata, pengumuman tarikh-tarikh penting berkenaan menyaksikan perhatian kini tertumpu kepada persiapan parti-parti politik, pemilihan calon serta kesiapsiagaan SPR dalam memastikan proses pilihan raya berjalan lancar, teratur dan telus.

Pilihan raya ini diadakan berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pada 5 Jun lalu.

Ia menyaksikan kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negri (DUN) dipertandingkan dengan seramai 889,490 pemilih layak mengundi.

Pada PRN Negeri Sembilan ke-15 lalu, Pakatan Harapan (PH) menang 17 buah kerusi daripada keseluruhan 36 buah kerusi di negeri ini.

Barisan Nasional (BN) pula menang 14 buah kerusi sekali gus gabungan kerjasama kedua-dua parti itu menjadikan 31 buah kerusi yang membentuk kerajaan Negeri Sembilan dengan majoriti dua pertiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *