Siasatan dakwaan MB dipaksa tandatangan proklamasi turun Tuanku Muhriz sedang berjalan

SEREMBAN: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan wujud paksaan dalam proklamasi penurunan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ditandatangani Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim.

Beliau berkata, siasatan masih berjalan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Kertas siasatan (dakwaan Ismail) sudah dah dibuka dan masih lagi dalam progres.

“Kalau ada kemajuan, seperti biasa kita akan kongsi,” katanya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, hari ini.

Terdahulu, Ismail pada 9 September lalu mendakwa menandatangani dokumen proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bukan dengan kerelaan hati.

Beliau telah membuat aduan kepada polis berhubung dakwaan tersebut pada 8 September lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *