SEREMBAN : Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan
ditutup mulai esok sehingga tarikh dimaklumkan ekoran jerebu yang semakin memburuk.
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam kenyataannya berkata, penutupan tersebut berikutan bacaan terkini Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga stesen pemantauan di negeri ini melebihi 180.
Beliau berkata, guru dan anggota kumpulan pelaksana (AKP) turut dibenarkan bekerja dari rumah (BDR).
“Institusi pendidikan yang terjejas hendaklah melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPR).
“Pelaksanaannya mengambil kira kemampuan, akses dan keperluan murid serta kesiapsiagaan guru,” katanya di sini hari ini.
JPNS berkata, bacaan IPU akan terus dipantau dari semasa ke semasa dengan kerjasama pejabat pendidikan daerah (PPD) dan institusi pendidikan.
Beliau berkata, ibu bapa dan penjaga dinasihatkan sentiasa peka dengan perkembangan semasa dan mematikan keselamatan dan kesihatan anak-anak sepanjang tempoh jerebu ini.