SEREMBAN : Seramai 10 sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Seremban bagi mencabar tindakan membatakalkan perlantikan mereka sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan yang diwartakan pada 24 September lalu.
Kesemua plaintif ialah Datuk Mohd Faizal Ramli, Datuk Zaifulbahri Idris, Datuk Mustapha Nagoor, Siow Kong Choon, Siti Nur Umaira Hasim, Datuk Mohd Asna Amin, Datuk Mohd Razi Mohd Ali, Suhaimizan Bizar, Mohd Fairuz Mohd Isa dan Datuk Razali Abu Samah.
Mereka memohon Mahkamah Tinggi Seremban mengisytiharkan pemecatan itu batal, tidak sah dan tidak berkuat kuasa.
Kesemua plaintif memfailkan Saman Pemula terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri Sembilan sebagai defendan.
Saman pemula itu difailkan di Mahkamah Tinggi Seremban menerusi Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak pada 5 Oktober lalu.
Mereka antaranya mempersoalkan sama ada pelantikan EXCO, selain Menteri Besar, boleh dibatalkan melalui penarikan balik perkenan Yang di-Pertuan Besar secara bersendirian tanpa nasihat Menteri Besar.
Dalam permohonan itu, mereka memohon deklarasi bahawa pembatalan pelantikan yang diwartakan dalam Warta Kerajaan Negeri Sembilan N.S. P.U. 18 bertarikh 24 September 2026 adalah batal, tidak sah dan tidak berkuat kuasa terhadap mereka.
Kesemua plaintif turut memohon supaya persoalan perlembagaan berhubung kuasa membatalkan pelantikan EXCO berkenaan diputuskan mahkamah.