SUKMA: Kedua tercorot, banyak kena bedah siasat

SEREMBAN: Kontinjen Negeri Sembilan berjaya membawa pulang 48 pingat keseluruhan pada temasya SUKMA XXII Selangor 2026 yang baru sahaja melabuhkan tirai, semalam.

Ini menjadikan Negeri Sembilan menduduki tangga 14 daripada 15 kontinjen yang bertanding sekali menjadi pasukan kedua tercorot.

Walaupun pihak pengurusan meletakkan sasaran tinggi sebanyak 25 pingat emas sebelum kejohanan bermula, namun angka itu jauh meleset apabila hanya mengutip tujuh emas, 12 perak dan 29 gangsa.

Pencapaian kali ini menyaksikan penurunan berbanding SUKMA 2024 yang mana Negeri Sembilan memperoleh 19 emas, 13 perak, dan 24 gangsa dengan keseluruhan 56 pingat.

Jika dibandingkan dengan edisi sebelumnya, jelas terdapat penurunan yang ketara khususnya daripada segi kutipan pingat emas, iaitu daripada 19 emas kepada hanya 7 emas pada edisi kali ini.

Banyak kelemahan yang perlu ditutup di semua peringkat, malah dengan kepimpinan baharu di bawah kerajaan negeri yang baharu ini, diharapkan sukan di Negeri Sembilan menyinar kembali.

Sama-sama kita doakan kontinjen Negeri Sembilan mencipta nama di Sukma di Kelantan 2028 nanti dan sekurang-kurangnya memberi cabaran kepada pasukan Selangor, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Negeri kita juga tidak kurang hebatnya, anak-anak Negeri Sembilan berbakat, kita mempunyai fasiliti yang baik, di mana lagi kelemahan kita?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *