Sisa helaian al-Quran terbakar ditemukan di padang bola Senawang

SEREMBAN : Beberapa sisa yang disyaki helaian al-Quran ditemukan terbakar di kawasan lapang berhampiran padang bola Taman Bandar Senawang, di sini, semalam.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, kejadian itu dimaklumkan orang awam selepas melihat kebakaran kecil di tepi padang bola berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan yang dijalankan di lokasi mendapati terdapat sisa yang disyaki beberapa helaian al-Quran telah terbakar.

“Tempat kejadian merupakan kawasan lapang yang digunakan untuk meletakkan kenderaan.

“Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan turut hadir ke lokasi bagi menjalankan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alzafny berkata, satu sampel kesan al-Quran yang dibakar turut diambil untuk dihantar ke Jabatan Forensik bagi tujuan analisis.

Beliau berkata, pelupusan sisa kebakaran berkenaan akan diuruskan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian sehingga siasatan selesai,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *