
Ulat pasir ialah haiwan invertebrata marin daripada Filum Annelida (cacing bersegmen) yang hidup di dalam lubang pasir di kawasan pantai, muara, atau kawasan pasang surut.
Badannya bersegmen dan berbentuk silinder, menyerupai cacing tanah. Warnanya merah jambu, kelabu, atau kemerahan. Ia mempunyai sesungut atau struktur insang kecil untuk bernafas. Panjangnya biasanya antara 10 hingga 25 sentimeter.

Dari segi tabiat dan habitat, ia membina lubang berbentuk ‘U’ di pasir pantai. Ia memakan bahan organik dan pasir menggunakan probosis. Ia meninggalkan kesan timbunan pasir berbentuk lingkaran di permukaan pantai semasa air surut.
Ia sering digunakan sebagai umpan yang sangat berkesan untuk menangkap ikan laut. Ia juga menjadi sumber makanan penting bagi burung pantai dan ikan kecil.

Seorang pengunjung dikenali dengan panggilan Wak, sering kali mencari Ulat Pasir untuk kegunaan memancing. Waktu dan masa yang sesuai mencari Ulat Pasir ialah ketika air laut surut timpas. Ramai kaki pancing lebih suka menggunakan umpan Ulat Pasir kerana ia lebih tahan berbanding dengan umpan laut yang lain.