
Perhimpunan Penjawat Awam dan Pelancaran Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Sembilan 2026 berlangsung dengan jayanya pada Jumaat, 14 Ogos 2026 di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS).
Majlis sempena sambutan Hari Kebangsaan ini telah disempurnakan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Datuk Haji Ismail Lasim.
Majlis ini menjadi platform penting bagi Menteri Besar untuk menyampaikan amanat sulung beliau kepada seluruh warga perkhidmatan awam negeri.

Datuk Ismail Lasim menggariskan tiga teras utama di bawah pentadbiran baharunya untuk memacu Negeri Sembilan, iaitu Stabil, Maju, dan Makmur. Beliau menyeru 5,538 penjawat awam negeri bergerak sebagai satu pasukan yang mempunyai satu tekad dan satu tujuan.



