Aminuddin ambil tanggungjawab kekalahan PH

SEREMBAN: Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun bersedia menghadapi sebarang kemungkinan berhubung kedudukannya sebagai Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PRK) negeri.

Naib Presiden PKR tersebut sedar tuntutan enam ketua cabang parti tersebut di negeri ini yang mahu beliau bertanggungjawab atas kegagalan Pakatan Harapan (PH) mempertahankan kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 1 Ogos lalu.

“Saya terbuka bersetuju dengan tuntutan (enam ketua cabang PKR Negeri Sembilan) tersebut.

“Saya bersedia bertanggungjawab, tidak mahu menuding jari kepada sesiapa,” katanya dipetik sewaktu menyampaikan ucapan penggulungan di Kongres Nasional Keadilan di Ayer Keroh, Melaka, hari ini.

Aminuddin bagaimanapun menggesa PKR menerima keputusan rakyat dalam PRN Negeri Sembilan tersebut secara terbuka tanpa mencari mana-mana ‘kambing hitam’ untuk disalahkan.

Beliau berkata, pelbagai faktor yang membawa kepada kekalahan PH dalam PRN dan rakyat sebagai pengundi tidak boleh dipersalahkan.

“Kita tidak boleh mengatakan rakyat tidak faham dan membuat keputusan salah,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *