MBS tawar insentif tunai serah anjing terbiar

SEREMBAN: Majlis Bandaraya Seremban (MBS) menawarkan insentif wang tunai bagi individu atau persatuan penduduk yang menyerahkan anjing terbiar di sekitar bandar raya ini secara sukarela.

Jurucakap MBS berkata, insentif RM50 akan diberikan bagi penyerahan seekor anjing dewasa manakala RM25 pula untuk seekor anak anjing berusia enam bulan ke bawah.

“Anjing terbiar yang diserahkan itu mestilah dalam keadaan hidup tanpa sebarang kesan kecederaan mahupun penderaan.

“Tawaran terhad kepada individu warga tempatan atau persatuan penduduk yang menetap di bandar raya ini,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap MBS berkat, semua badan bukan kerajaan (NGO) tidak layak untuk menikmati insentif berkenaan.

Beliau berkata, anjing terbiar terbabit boleh dihantar ke Jabatan Kesihatan Persekitaran, MBS atau mana-mana lokasi ditetapkan pemohon dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.

“Pembayaran insentif akan dilunaskan dalam tempoh tujuh hari selepas borang permohonan selesai diisi dan disemak.

“Anjing terbiar yang diserahkan akan dijaga NGO dilantik MBS,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *