KUALA PILAH : Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan esok adalah cuti peristiwa bagi negeri itu.
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim berkata, pengumuman itu sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Negeri Sembilan yang menunaikan tanggungjawab mengundi dan para petugas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 semalam.
“Sebagai menghargai komitmen rakyat dalam menghadapi PRN, saya mengumumkan cuti peristiwa pada esok,” katanya, pada sidang akhbar di Seri Menanti Resort, di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ismail yang turut melahirkan rasa syukur selepas selesai mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang kesembilan selepas mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.
Beliau berkata, pelantikan itu merupakan satu amanah besar yang akan dipikul dengan penuh tanggungjawab demi memastikan kebajikan rakyat dan pembangunan negeri terus menjadi keutamaan.