PORT DICKSON: Seramai 16,467
anggota tentera dan polis serta pasangan menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 hari ini.
Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Khairul Shahril Idrus, berkata, kadar pengundi awal yang mengundi pada hari ini mencapai 91.06 peratus iaitu melebihi daripada sasaran 90 peratus.
“Mereka menunaikan tangungjawab di 48 pusat mengundi awal yang dibuka seawal pukul 8 pagi di seluruh Negeri Sembilan.
“Sebanyak 18 pusat terbabit ditutup pada pukul 12 tengah hari, 2 petang (dua) dan 5 petang (18),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Seramai 16,884 anggota tentera dan polis serta pasangan mendaftar sebagai pengundi awal pada PRN Negeri Sembilan.
Baki lebih 800,000 pengundi pula dijadual menunaikan tanggungjawab mereka pada Sabtu ini.