PRN NS: PN setuju runding kerusi antara Pas, Gerakan, MIPP dan Wawasan

SEREMBAN: Mesyuarat Khas Majlis Tertinggi Perikatan Nasional (PN) bersetuju dengan rundingan kerusi antara parti Pas, Wawasan, Gerakan dan MIPP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Pengerusi PN, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu dipersetujui pada mesyuarat yang diadakan pada hari ini.

“Mesyuarat bersetuju meluluskan rundingan pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan antara Parti-Parti Anggota PN iaitu PAS, WAWASAN, GERAKAN, dan MIPP.

“Bersetuju membenarkan penggunaan lambang PN oleh calon PN dalam PRN Negeri Sembilan, seperti mana yang dipersetujui,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, merujuk kepada kenyataan Presiden BERSATU bertarikh 15 Julai lalu adalah dimaklumkan bahawa segala proses perbincangan dan libat urus dengan mana-mana pihak di peringkat awal telah dijalankan di dalam pengetahuan dan kebenaran daripada beliau selaku Pengerusi PN.

“Ia telah pun dimuktamadkan dan diluluskan oleh Majlis Tertinggi PN pada mesyuarat hari ini,” katanya.

Tambah beliau, bagi tujuan PRN Negeri Sembilan, penyertaan sejumlah calon PN yang akan diumumkan hari ini adalah bagi membela kebajikan rakyat, mengangkat agenda pembangunan negeri serta mempertahankan keharmonian masyarakat majmuk di Negeri Sembilan khususnya, dan Malaysia amnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *