‘Saya sayang Sikamat tapi ingin berbakti pula di Linggi’ – Aminuddin

SEREMBAN : Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menafikan dakwaan beliau sengaja lari meninggalkan pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat untuk beralih bertanding ke DUN Linggi.

Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata, pengundi-pengundi di Sikamat amat istimewa dan dekat di sanubarinya.

“Empat penggal saya di Sikamat dari seorang ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang, sampai menjadi Menteri Besar.

“Tahun 2008. Sikamat yang sudi memenangkan saya. Kerjaya saya politik mula di sana. Susah, lelah saya penduduk Sikamat yang tahu,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebooknya hari ini.

Aminuddin berharap calon PH bagi DUN Sikamat iaitu, Nor Azman Mohamad dapat meneruskan legasinya menjaga kawasan tersebut sebaiknya sekiranya memenangi PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, perpindahannya bertanding ke DUN Linggi merupakan kehendaknya sendiri.

“Saya ingin berbakti kepada penduduk DUN Linggi jika Allah izinkan kemenangan,” katanya.

Gambar Kredit FB Dato’ Seri Utama Haji Aminuddin Harun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *