Akhyar bakal perkuat NSFC

PEMAIN sayap berpengaruh, Akhyar Rashid semakin hampir untuk memperkuat Negeri Sembilan FC (NSFC) pada musim baharu tidak lama lagi.

Tonggak Terengganu FC (TFC) tersebut akan menyertai skuad Jang secara pinjaman.

Terdahulu TFC dalam kenyataannya hari ini mengesahkan Akhyar antara pemain yang akan dilepaskan skuad Sang Penyu.

Sebelum ini, sumber Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) mengesahkan menerima permohonan daripada NSFC untuk meminjam Akhyar yang masih mempunyai kontrak dengan TFC sampai hujung musim 2027.

Pemain yang berasal dari Kedah itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke beberapa pasukan termasuk NSFC dan Star City FC (SCFC).

Difahamkan, suami pelakon, Eyka Farhana yang baru dikurniakan cahaya mata sulung tersebut lebih cenderung menyertai skuad Jang kerana mahu lebih dekat dengan keluarga.

Akhyar menyertai TFC dari Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 2024 dan menjadi antara tonggak penting skuad Sang Penyu sehingga musim lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *