Aminuddin pindah ke DUN Linggi, Setiausaha Politik ganti di Sikamat, Paroi ditandingi Setiausaha Akhbar

KUALA PILAH : Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun meninggalkan kerusi tradisi, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat yang dimenanginya sejak tahun 2008 untuk beralih ke Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 1 Ogos ini.

Misi mempertahankan kerusi DUN Sikamat kini digalas oleh Setiausaha Politik Aminuddin, Nor Azman Mohamad.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Negeri Sembilan, Ahmad Shahir Mohd. Shah dari Parti Amanah Nasional (Amanah) pula dipilih untuk merampas semula DUN Paroi yang kini dikuasai Pas.

Mereka bertiga merupakan sebahagian 36 calon Pakatan Harapan (PH) dipertaruhkan untuk PRN Negeri Sembilan yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim malam tadi.

Anwar yang juga Pengerusi PH dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkannya di Dataran Melang, di sini.

DUN Linggi berada di bawah Parlimen Port Dickson yang turut diwakili Aminuddin sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada tahun 2022.

Nor Azman yang juga Ketua Penerangan PKR Negeri Sembilan pernah bertanding di kerusi Parlimen Kuala Pilah pada PRU-15 namun tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Adnan Abu Hassan dengan majoriti 6,483 undi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *