STPM: 33 calon Negeri Sembilan cemerlang PNGK 4.0

SEREMBAN: Seramai 33 calon memperolehi keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 di Negeri Sembilan dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan semalam.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) negeri, Mohd. Wazir Hamzah berkata, seramai 111 calon pula memperolehi PNGK antara 3.0 hingga 3.74.

“Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP) Labu muncul sekolah terbaik STPM 2025 Negeri Sembilan dengan mencatat PNGK 3.37.

“PNGK negeri pula 2.88 iaitu meningkat 0.02 mata berbanding tahun lalu,” katanya ketika mengumumkan keputusan STPM 2025 bagi Negeri Sembilan di sini semalam.

Mohd. Wazir berkata, PNGK tersebut merupakan terbaik pernah direkodkan Negeri Sembilan dalam peperiksaan STPM.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, seramai 1,039 calon atau 91.5 peratus juga mencapai PNGK sekurang-kurangnya 2.00.

“Keputusan itu melayakkan mereka memohon melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

“Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuala Pilah dan PPD Tampin muncul daerah terbaik dengan masing-masing mencatat PNGK 3.04,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *