Pelajar maut terjatuh bangunan sekolah, JPNS mula siasatan

SEREMBAN – Sebuah sekolah menengah di Sendayan di sini gempar apabila seorang pelajar perempuan tingkatan empat maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan premis itu hari ini.

Berdasarkan laporan Kosmo!, insiden tersebut berlaku pada pukul 10 pagi turut menarik perhatian penduduk setempat.

Setakat ini, identiti mangsa dan punca kejadian masih belum didedahkan.

Sementara itu, Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam kenyataannya telah mengesahkan insiden tersebut.

Jurucakap JPNS berkata, siasatan
dalaman berhubung kejadian meragut nyawa pelajar perempuan berusia 16 tahun berkenaan telah dimulakan.

“Keutamaan kini diberikan bagi memastikan kebajikan keluarga pelajar terlibat diberi perhatian sewajarnya.

“Kita juga telah menggerakkan sokongan psikososial kepada warga sekolah terkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jurucakap JPNS juga berkata, insiden tersebut amat mendukacitakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *