MBNS MINTA RAKYAT NS BERSEDIA HADAPI PRN

SEREMBAN: Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, meminta rakyat Negeri Sembilan supaya bersedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan itu berkata tanpa menyatakan bila ia akan diadakan yang mana kemelut dalaman politik yang berlaku ketika ini di luar jangkaan.

“Saya mahu rakyat Negeri Sembilan, penduduk negeri ini, bersiap sedia menghadapi pilihan raya. Hari ini kenyataan demi kenyataan (dikeluarkan). Seolah-olah kita terpaksa menerima. Saya juga rasa tercalar. Saya juga rasa hiba.

“Peristiwa yang berlaku awal pagi tanpa satu perkara yang dimaklumkan kepada rakan-rakan yang lain. Ini merupakan satu perkara yang cukup di luar perancangan ataupun pengetahuan kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ceramah Perdana Pimpinan PH di pekarangan Stadium Tunku Abdul Rahman, Paroi, di sini, malam tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *