Balai Undang Luak Sungei Ujong diarah kosong serta-merta

SEREMBAN : Krisis adat dan perlembagaan di Negeri Sembilan semakin panas apabila Kerajaan Negeri mengarahkan pengosongan kediaman rasmi dan Balai Undang Luak Sungei Ujong berkuatkuasa serta-merta.

Surat yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan yang bertarikh 29 April itu mengarahkan pengosongan dilakukan 

Ia merujuk kepada keputusan Sidang Khas Dewan Keadilan dan Undang (DKU) Negeri Sembilan bertarikh 17 April lalu.

Surat tersebut ditandatangani oleh Setiausaha Bahagian, Bahagian Khidmat Pengurusan, Akmal Farid Rizal Noordin.

“Sehubungan dengan itu, pihak tuan diarahkan untuk melaksanakan pengosongan Bangunan Kediaman Rasmi dan Balai Undang Luak Sungei Ujong berkuatkuasa serta-merta.

“Semua aset-aset Kerajaan Negeri yang didaftar di premis Balai Undang Luak Sungei Ujong hendaklah berada dalam keadaan baik bagi tujuan pemeriksaan semula kelak,” menurut kandungan surat berkenaan.

Menurut sumber Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Sembilan, difahamkan pegawai yang sebelum ini bertugas di balai itu telah diarahkan bertukar penempatan.

Dalam pada itu, wakil  Pejabat SUK Negeri Sembilan, telah menghantar surat pengosongan kediaman rasmi dan Balai Undang Luak Sungei Ujong kira-kira pukul 4.50 petang tadi.

Wakil Pejabat Balai Undang Luak Sungei Ujong kemudian mengesahkan menerima surat tersebut dan pihaknya akan merujuk kepada peguam untuk tindakan selanjutnya.

Sebelum ini, media melaporkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun menegaskan tindakan Undang Sungei Ujong, Datuk Klana Petra, Datuk Mubarak Dohak menandatangani serta membacakan pengisytiharan menurunkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tidak boleh diterima atau diiktiraf.

Krisis di Negeri Sembilan mencuri tumpuan susulan tindakan undang luak menggunakan kuasa mereka untuk menyingkirkan Tuanku Muhriz sebagai Yang di-Pertuan Besar ketika Undang Sungei Ujong, Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak pula didakwa sudah dipecat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *