SEREMBAN – Seorang lelaki warga Indonesia direman dua hari bagi membantu siasatan kes menyembunyikan kelahiran dengan melupuskan mayat salah seorang bayi kembar dalam kejadian di sebuah rumah di Labu, Nilai semalam.
Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Johari Yahya berkata, perintah reman terhadap suspek berusia lingkungan 30-an itu telah dikeluarkan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
“Reman terhadap suspek bermula hari ini hingga esok (16 April 2026) dan siasatan akan dijalankan mengikut mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan tujuan melupuskan mayat,” katanya ketika pemberita di sini hari ini.
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita warga asing yang bertindak menyembunyikan kelahiran bayi kembarnya terbongkar selepas mengalami pendarahan serta komplikasi kesihatan.
Phak polis telah menerima satu laporan berhubung kejadian kematian seorang bayi yang dipercayai berlaku selepas kelahiran pada pukul 9.53 pagi di sebuah rumah di kawasan Labu di sini semalam.
Laporan tersebut dibuat oleh seorang pegawai perubatan dari Hospital Tuanku Ja’afar Seremban selepas menerima seorang pesakit wanita warga asing berusia lingkungan 30-an yang mendapatkan rawatan.
Siasatan awal mendapati wanita terbabit dipercayai melahirkan bayi kembar di rumah bagaimanapun, seorang daripada bayi itu dilaporkan meninggal dunia sejurus dilahirkan sebelum mayatnya ditanam.
Susulan laporan diterima, polis bersama Bahagian D10 Forensik Kontinjen Negeri Sembilan menjalankan pemeriksaan di lokasi sebelum menggali semula mayat bayi berkenaan.
Polis turut seorang lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 30-an bagi membantu siasatan.
#nogoripost #bayitanam #sembunyikelahiran
