MICHELIN PRIMACY 5 DITAWARKAN UNTUK SUV

SEREMBAN: Michelin Malaysia mengumumkan perluasan rangkaian terkenal Michelin Primacy 5 untuk merangkumi kenderaan utiliti sukan (SUV), termasuk model enjin pembakaran dalaman (ICE) dan elektrik.

Michelin Primacy 5 kini menawarkan pilihan saiz yang lebih banyak untuk pelbagai jenis kenderaan serta membolehkan pemandu memilih tayar yang sesuai dengan keperluan pemanduan mereka.

Menurut , Pengarah Urusan Michelin Malaysia, Singapura, dan Brunei, Florentin Odenwald, rangkaian Michelin Primacy 5 kini memenuhi permintaan pasaran SUV dan crossover, yang telah berkembang dengan signifikan daripada hanya 11 peratus jualan pada tahun 2010 kepada 42 peratus pada tahun 2025.

Katanya, perluasan itu merangkumi penambahan 34 saiz baharu untuk bersaiz rim 16 hingga 22 inci, sekali gus menawarkan lebih banyak pilihan saiz untuk memenuhi keperluan kenderaan dan pengguna yang pelbagai.

“Malaysia kini berada pada titik perubahan yang menarik, dengan penggunaan EV yang semakin pesat dan SUV mendominasi jalan raya. Dengan perluasan rangkaian Michelin Primacy 5, kami memenuhi perubahan ini secara langsung, memberikan pemandu SUV elektrik dan konvensional tayar yang menawarkan keselesaan, keselamatan, dan kecekapan tanpa kompromi,”kata Florentin.

Tambahnya, perluasan ke segmen SUV bagi Michelin Primacy 5 yang diiktiraf di peringkat antarabangsa ini dibangunkan berasaskan reputasi tayar tersebut yang terkenal dengan prestasi (cengkaman di permukaan basah dan ketahanan) yang luar biasa dan diiktiraf oleh pengguna, wartawan automotif terkemuka, serta pengedar di seluruh dunia.

“Tayar ini juga telah menerima pengiktirafan berprestij, termasuk Anugerah Tayar Terbaik Auto Magazine 2025 dan Anugerah Pemenang Ujian Tayar Musim Panas 2025 oleh Tekniikan Maailma,” tambahnya dalam satu kenyataan semalam.

Untuk pasaran Malaysia, Michelin Primacy 5 kini ditawarkan dalam 76 saiz untuk rim 16 hingga 22 inci, dan boleh didapati di semua pengedar tayar sah Michelin di seluruh negara.

Harga jualan yang disyorkan bagi Michelin Primacy 5 bermula dari RM467 hingga RM1,639. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.michelin.com.my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *