PRN NS: Richiamo Mart Senawang tawar petugas media diskaun 10 %

SEREMBAN : Richiamo Mart Senawang menawarkan diskaun 10 peratus kepada semua petugas media yang bertugas sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan bermula hari ini.

Tawaran diskaun tersebut meliputi semua produk ‘over the counter’di Richiamo Mart di cawangan tersebut yang terletak di Pusat Bandar Senawang, di sini.

Pengamal media terbabit hanya perlu
menunjukkan pas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada kakitangan Richiamo Mart Senawang bertugas sewaktu membuat pembelian.

Selain itu, Richiamo Mart Senawang juga menawarkan ruang kerja selesa buat pengamal media terlibat untuk menyiapkan bahan berita liputan sepanjang PRN Negeri Sembilan.

Sepanjang PRN Negeri Sembilan berakhir 1 Ogos depan, petugas media di lapangan boleh menjadikan Richiamo Mart Senawang sebagai lokasi berehat, mendapatkan makanan dan minuman serta menyiapkan tugasan berita dengan lebih selesa.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Richiamo Mart Senawang tersebut
sebagai menghargai komitmen dan sumbangan petugas media yang akan bertugas di lapangan menyampaikan laporan serta perkembangan terkini sepanjang PRN Negeri Sembilan.

Inisiatif tersebut mendapat dokongan padu Gabungan Kelab Media Malaysia (GKMM).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *