BARU-BARU ini, pengedar rasmi Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah melancarkan secara rasmi generasi keenam Nissan Serena e-POWER di negara ini.
Walaupun agak terlambat sebenarnya model berkenaan masuk ke negara ini ia secara tidak langsung menetapkan penanda aras baharu MPV di Malaysia.
Penulis sebelum ini telah memandu uji model berkenaan di Jepun selama lima hari. Saya memilih untuk menyewa MPV kompak itu kerana sudah menjangka Nissan Serena e-POWER ini mungkin akan dijual di Malaysia.
Unit ini saya sewa di Nissan car Rental Kyoto sebelum memulakan perjalanan ke Nagano. Pemanduan melebihi 400 kilometer melalui jalan bandar dan lebuhraya tidak menjadi masalah kerana MPV ini tidak sukar untuk dikendalikan.
Selepas tiga hari kami meneruskan perjalanan ke Fuji hampir 250 kilometer dan tidur semalam sebelum bertolak ke Tokyo.
Total saya memandu Nissan Serena e-Power ini lebih 1,300 kilometer. Jom saya share point-point yang saya suka pada model ini (info fakta dari Google):
Prestasi e-POWER: Rasa EV Sebenar
Tidak seperti hibrid biasa, sistem e-POWER ini:
• Roda digerakkan sepenuhnya oleh motor elektrik
• Kuasa: 163PS
• Tork: 315Nm (serta-merta)
Enjin petrol 1.4L HR14DDe hanya berfungsi sebagai generator untuk mengecas bateri 1.77kWh.
– Lebih senyap
– Pickup lebih responsif
– Rasa pemanduan seperti EV sebenar
Kecekapan bahan api:
– 18.5 km/l (NEDC)
– Jarak sehingga 1,000km satu tangki
Mod Pemanduan dan Teknologi Pintar
• Standard – keseimbangan harian
• Eco – jimat minyak maksimum
• Sport – respon lebih agresif
Tambahan:
• e-Pedal Step, boleh memandu guna satu pedal (sesuai trafik jem ) dan feel bawak EV.
Rekaan Lebih Premium dan Futuristik
Serena e-POWER tampil lebih ekspresif dengan:
• Gril V-Motion terkini
• Lampu utama tiga projektor LED
• DRL & lampu belakang LED bentuk bumerang
• Bampar dengan air curtain untuk kestabilan
Kabin Canggih dan Selesa
Dalam kabin, terasa seperti MPV masa depan:
• Paparan digital 12.3 inci
• Skrin infotainment 12.3 inci
• Apple CarPlay & Android Auto (wireless)
• Stereng bentuk D
• Electronic Shift Selector
• Aircond dwi-zon sentuh
• Pengecas wireless + 6 port USB
Zero Gravity Seats (depan dan baris kedua)
– Kurangkan keletihan dan mabuk perjalanan
⸻
Praktikaliti Terbaik Dalam Kelas
• Konfigurasi sehingga tujuh tempat duduk
• Laluan berjalan dalam kabin
• Kerusi kapten gelongsor
• Pintu gelangsar kuasa (hands-free)
Keselamatan dan ADAS (ProPILOT)
• Kawalan Jelajah Pintar (ICC)
• Intervensi Lorong (ILI)
• Intervensi Titik Buta (IBSI)
Nissan Intelligent Mobility:
• Brek Kecemasan Pintar (IEB)
• Amaran Titik Buta (BSW)
• Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
• Amaran Keletihan Pemandu (IDA)
• 6 beg udara
• ISOFIX
• Kamera 360º (AVM)
Kesimpulan
Nissan Serena e-POWER baharu ini sesuai untuk:
– Keluarga besar
– Pemanduan bandar + highway
– Yang nak rasa EV tanpa risau charging
– Kombinasi praktikaliti MPV + teknologi EV menjadikannya antara pilihan paling menarik dalam segmen ini di Malaysia.






