NOSTALGIA STESEN KERETA  API LAMA GEMAS 1906

GEMAS : Bekas tapak Stesen Kereta Api Gemas, Negeri Sembilan adalah titik pertemuan menghubungkan laluan kereta api Utara-Selatan dan Pantai Timur.

Stesen Kereta Api Lama Gemas tempat mengimbau nostalgia sejak dahulu sinonim sebagai pekan kereta api di Malaysia mengukir jutaan memori kepada sesiapa sahaja yang pernah berada di sini

Stesen Kereta Api ini dibina sejak tahun 1906 dan sudah tidak digunakan lagi apabila stesen kereta api baharu dibina bersebelahannya.

Kini ianya kekal selamanya disini menjadi tatapan dan ingatan kita “Tak Lapuk Dik Hujan, Tak Lekang Dik Panas” ia berguna kepada generasi akan datang kekal menjadi sejarah warisan serta tatapan buat generasi akan datang.

Galeri Stesen Kereta Api diberi nafas baru dengan mempamerkan Lokomotif Kelas 22 No. 22131 “Limau Kasturi”, merupakan sebahagian daripada amada  sebanyak 40 lokomotif Kelas 22 buatan English Electric dari United Kingdom yang dibawa masuk pada tahun 1971-1972 dan dinamakan bersempena nama sebuah kampung di negeri Kelantanyang terletak ditepi laluan kereta api KTM ke Pantai Timur.  

Landasan dan infrastruktur menampilkan struktur lama termasuk “jambatan Hitam” yang ikonik.

Turut dipamerkan seperti Tuas Persemboyanan Tren, Gerabak Brake Van (BV), Gerabak Kargo jenis tertutup Pallet Wagon (PW), Gerabak Bogie Covered Goods (BCG) dan lain-lain

nor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *