Popular Posts

SEREMBAN: Masalah rempit di daerah ini terutamanya di sekitar Senawang masih lagi berlarutan walaupun saban minggu pihak berkuasa menjalankan operasi.

Malah ada antara mereka yang pernah ditahan sebelum ini sehingga polis sendiri dapat mengenali dan mengecam motosikal serta pemiliknya.

Malah, setiap kali operasi dijalankan, kesalahan tiada lesen memandu dan cukai jalan menjadi kesalahan paling banyak direkodkan membuktikan tidak pernah wujud kesedaran dalam kalangan anak muda.

Dalam operasi yang dijalankan tengah malam tadi, seramai tiga lelaki termasuk seorang remaja bawah umur ditahan di lokap kerana kesalahan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebenarnya pihak polis sendiri sudah muak dengan isu rempit ini, namun memikirkan tanggungjawab, mereka laksanakan juga operasi demi orang awam yang tidak selesa dengan kegiatan haram ini.

Apa yang mengecewakan, ada sahaja tindakan polis yang menimbulkan rasa tidak puas hati warganet sehingga memperlekehkan tugas polis terutama ‘Skuad 42’.

Mereka ada pilihan untuk duduk di rumah dan berehat bersama keluarga atau menonton bola dengan rakan-rakan sehingga jam 4 pagi berbanding mengejar mat rempit yang tidak sayangkan nyawa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *