Popular Posts

Mahkamah- terkini suami pelakon Azar Azmi

SEREMBAN: Suami kepada pelakon Azar Azmi, Mohd Apri Hazreen Mohd Sapri, 41, yang berdepan dua pertuduhan urusan untuk mendapatkan Darjah Kebesaran Dato’ dan tanah kurniaan negeri Selangor, hadir ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini dengan bertongkat.

Ketika prosiding sebutan semula lantikan peguam di hadapan Hakim Norina Zainol Abidin hari ini, tertuduh yang masih belum diikat jamin memaklumkan akan melantik peguam selepas dibebaskan dengan jaminan.

Ketika menjawab soalan hakim, Mohd Apri Hazreen memaklumkan dia akan melantik peguam awal bulan depan kerana ahli keluarga sedang mengumpul wang ikat jamin sebanyak RM21,000.

Pada 11 Mac lalu, tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini, masing-masing atas pertuduhan menipu dua mangsa atas urusan mendapatkan Darjah Kebesaran Dato’ dan tanah kurniaan negeri Selangor, tahun lalu.

Mengikut pertuduhan di Mahkamah Sesyen, tertuduh dengan curangnya menipu seorang lelaki berusia 56 tahun dengan memperdayakannya untuk membuat pembayaran sebanyak RM270,811 secara atas talian ke akaun bank milik seorang penama wanita berusia 35 tahun.

Di Mahkamah Majistret pula, tertuduh mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memperdayakan seorang lelaki berusia 49 tahun untuk membuat pembayaran wang sebanyak RM23,120 untuk urusan mendapatkan darjah kebesaran membawa gelaran Dato’ yang tidak wujud.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh sebutan untuk lantikan peguam pada 1 Julai.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurnadiahani Mohd Ideris.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *