Popular Posts

SUAMI PELAKON DIDAKWA TIPU ‘DATUK’, TANAH KURNIA

SEREMBAN : Suami kepada pelakon wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu dua mangsa atas urusan mendapatkan darjah kebesaran ‘Datuk’ dan tanah kurniaan melibatkan kerugian keseluruhan RM293,931 pada tahun lalu.

Tertuduh, Mohd. Apri Hazreen Mohd. Sapri, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam dan Majistret Nurul Saqinah Rosli.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan atas alasan menghidap empat penyakit kronik iaitu sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan gout.

@nogoripost

SUAMI PELAKON WANITA TIDAK MENGAKU TIPU ‘DATUK, TANAH KURNIA SEREMBAN : Suami kepada pelakon wanita mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu dua mangsa atas urusan mendapatkan darjah kebesaran ‘Datuk’ dan tanah kurniaan melibatkan kerugian keseluruhan RM293,931 pada tahun lalu. Tertuduh, Mohd. Apri Hazreen Mohd. Sapri, 41, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohamad Kamil Nizam dan Majistret Nurul Saqinah Rosli. Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangkan atas alasan menghidap empat penyakit kronik iaitu sakit jantung, kencing manis, darah tinggi dan gout. “Saya ada sembilan orang anak yang perlu tanggung dan isteri suri rumah serta menjaga ibu,” katanya. Mahkamah Sesyen kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM25,000 dengan seorang penjamin bukan isteri beserta syarat tambahan manakala Mahkamah Majistret membenarkan jaminan RM3,000. #suamipelakon #nogoripost #scammer

♬ DJ JANGAN LAGI LAGI KAMU CARI CARI – Jidanapria RMX

“Saya ada sembilan orang anak yang perlu tanggung dan isteri suri rumah serta menjaga ibu,” katanya.

Mahkamah Sesyen kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM25,000 dengan seorang penjamin bukan isteri beserta syarat tambahan manakala Mahkamah Majistret membenarkan jaminan RM3,000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *