SEREMBAN: Purata jangkaan hayat penduduk Negeri Sembilan dianggarkan 74.2 tahun, lebih rendah di peringkat nasional iaitu 75.5 tahun.
Ia meletakkan Negeri Sembilan di kedudukan ke-10 negeri mempunyai jangkaan hayat paling panjang di negara ini.
Tiga negeri mengatasi purata jangkaan hayat nasional iaitu Selangor (78.2 tahun), Kuala Lumpur (77.3 tahun) dan Labuan (77 tahun).
Negeri-negeri Pantai Timur dan utara kecuali Pulau Pinang pula mempunyai jangkaan hayat paling pendek di negara ini antara 72.8 hingga 74 tahun.
Penduduk Terengganu merupakan jangkaan hayat paling pendek di negara ini iaitu 72.8 tahun diikuti Kedah (73 tahun) dan Perlis 73.4 tahun).