nor

PORT DICKSON: Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nurul Arini Abdullah, 19, menerima kunjungan Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail, di Kampung Bukit Tembok, Pasir Panjang, Port Dickson, baru-baru ini.
Menteri Saifuddin, ketika pertemuan turut menitipkan pesanan kepada adik Nurul Arini Abdullah supaya terus memberi fokus dalam pelajaran, mencapai kecemerlangan, dan berkhidmat pada masa hadapan selepas menyantuni dan menyampaikan sumbangan.
Selepas penantian lebih 5 tahun, permohonan beliau akhirnya diluluskan, dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, sendiri yang menyerahkan kad pengenalan MyKad kepadanya pada Mei 2025. Dokumen ini menjadi titik perubahan besar yang membuka jalan untuk beliau menyambung pengajian tinggi.

Nurul Arini bersama ibu angkat dan dua orang gurunya turut menerima sumbangan tajaan pakej umrah daripada sebuah syarikat swasta sebagai tanda penghargaan atas kesungguhan serta jasa yang diberikan sepanjang pendidikannya.