MBS tembak mati 79 burung gagak Seremban 2

SEREMBAN : Prihatin dengan aduan penduduk, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) mengadakan operasi membanteras burung gagak di City Park Seremban 2, di sini pada minggu lalu.

Jurucakap MBS berkata, operasi pada 20 Ogos tersebut berjaya menembak mati 79 burung gagak.

“Operasi menembak burung gagak tersebut dilakukan bersama Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan serta Jabatan Kesihatan MBS,” katanya.

Jurucakap MBS menasihatkan warga bandar raya ini agar sentiasa menjaga kebersihan bagi mengawal populasi burung gagak.

Beliau berkata, sisa makanan perlu dibuang dengan rapi di dalam tong sampah tertutup.

“Jangan memberi makan kepada burung terutama gagak demi mengelak pencemaran dan keselesaan kita semua,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *