AVETA MOTOR MALAYSIA SEDIA BANTUAN BERGERAK KEPADA PENGGUNA

KUALA LUMPUR : Aveta Motor Malaysia (Aveta) memperluas rangkaian perkhidmatan dengan memperkenalkan khidmat bantuan bergerak ‘Aveta Care on Wheels’ di seluruh Semenanjung Malaysia.

Langkah tersebut membuktikan bahawa Aveta bukan sekadar menjual motosikal tetapi komitmen menyediakan khidmat lepas jualan yang lebih mantap dan efisien.

Pengarah Urusan Kumpulan Aveta, Steven Lim berkata, inisiatif itu adalah sebahagian daripada misi lebih luas Aveta untuk membina ekosistem pemilikan yang boleh dipercayai dan mengutamakan pelanggan.

“Kami memahami bahawa proses pemilikan tidak berakhir dengan pembelian motosikal, tetapi turut melibatkan keyakinan dan sokongan yang diterima oleh penunggang motosikal setiap hari selepas itu.

“Menerusi kerjasama rapat dengan para pengedar Preferred Plus, kami menjadikan perkhidmatan lebih mudah didapati, responsif dan selari dengan apa yang benar-benar diperlukan oleh pelanggan,” katanya.

‘Aveta Care on Wheels’ merupakan perkhidmatan bergerak profesional yang direka khas untuk memberi bantuan teknikal terus kepada pelanggan termasuk servis depan pintu, liputan lebih luas dari utara ke selatan selain tawaran motosikal ihsan jika tempoh baiki mengambil masa lama.

Untuk pertanyaan tentang bantuan atau perkhidmatan, pelanggan boleh menghubungi talian khas Aveta Careline 012-5035409.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *