SEREMBAN : Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Negeri Sembilan
yang ditutup Jumaat lalu akan beroperasi seperti biasa esok.
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) berkata, pembukaan semula institusi pendidikan tersebut berikutan situasi semasa jerebu yang semakin membaik.
“Pihak sekolah bagaimanapun diminta terus memantau keadaan kualiti udara semasa.
“Ambil langkah sewajarnya bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga sekolah,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
JPNS juga menyarankan murid dan pelajar agar memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga.
Sebelum ini, semua institusi pendidikan di bawah KPM di Negeri Sembilan ditutup pada Jumaat lalu ekoran indeks pencemaran udara (IPU) negeri itu melepasi tahap tidak sihat sepanjang minggu lalu.