nor

KUALA PILAH: Menteri Komunikasi, YB Dato’ Seri Fahmi Fadzil hari ini merasmikan Projek Membina Semula Surau Kampung Tebat Kering dan Projek Menaik Taraf Balai Raya Kampung Bukit Temensu/Kampung Tebat Kering yang dilaksanakan di bawah Inisiatif Kampung Angkat MADANI Kementerian Komunikasi bagi tahun 2025.

Kedua-dua projek tersebut dapat memanfaatkan seramai hampir 1,000 orang penduduk setempat untuk melaksanakan program dan aktiviti kemasyarakatan, keagamaan dan lain-lain dalam keadaan yang lebih baik, selesa serta selamat, di samping mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat.
Projek Membina Semula Surau Kampung Tebat Kering bermula dengan tarikh milik tapak pada 27 November 2025 dan siap sepenuhnya pada 14 September 2026. Manakala bagi Projek Menaik Taraf Balai Raya bermula pada 17 Oktober 2025 dan siap sepenuhnya pada 26 Disember 2025.

Kementerian Komunikasi merakamkan penghargaan kepada Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah, Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah, Majlis Daerah Kuala Pilah, Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Sembilan serta pihak kontraktor atas kerjasama erat sepanjang pelaksanaan projek.
Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah; Pegawai Daerah Kuala Pilah merangkap Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Pilah, Puan Hajah Nawal Mohamed Amin; serta pengurusan tertinggi kementerian dan daerah.
