SEREMBAN : Barisan Nasional (BN) menawarkan manifesto yang mempunyai sembilan teras dan 88 usaha sekiranya memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos ini.

Antara janji Manifesto yang diumumkan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan malam tadi itu ialah :
- Cukai pintu tidak dinaikkan dalam tempoh 5 tahun
- 50,000 peluang pekerjaan termasuk 5,000 berpendapatan tinggi dalam 5 tahun.
- Bantuan perubatan one-off bagi rawatan implan ortopedik, AV Fistula dan kanser.
- Hadiah peranti mudah alih buat pelajar tingkatan enam, sijil, diploma dan ijazah B40
- Membina 25,000 rumah baharu
- Caruman Perkeso buat bilal, siak dan pembantu am wanita masjid
- Bantuan khas kepada Datuk-Datuk Pembesar Istana dan Adat
- Taman Rekreasi dan Taman Cabaran Lasak Bukit Putus
- Pekerja sementara dan sambilan kerajaan negeri sedia ada tidak diberhentikan

Selain itu 15 inisiatif Skim Salam Sejahtera juga dijanjikan iaitu :
- Pemberian RM400 merangkumi masing RM200 dalam bentuk caruman Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) dan bantuan tunai kepada bayi dilahirkan di negeri ini.
- Bantuan tambang bas RM200 bagi setiap sesi persekolahan kepada pelajar sekolah
- Bantuan tunai antara RM300 hingga RM1,500 kepada pelajar memasuki sekolah berasrama penuh, tingkatan enam, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda
- Insentif RM500 bagi pelajar berjaya menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) dan ia akan meningkat kepada RM5,000 jika memperoleh kelas pertama.
- Bantuan RM1,000 setiap pasangan berkahwin layak menerima dan RM500 apabila memasuki rumah baharu kos rendah dan sederhana serta rumah mesra rakyat.
- Sumbangan keceriaan RM200 kepada
warga emas 65 tahun ke atas layak dan
RM300 kepada 75 tahun ke atas pada hari ulang tahun kelahiran. - Sumbangan kematian bernilai sebulan bantuan kepada waris penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang meninggal dunia.

