‘Isytihar dulu Jalaluddin calon MB’ – Khalid

SEREMBAN : Barisan Nasional (BN) perlu mengisytiharkan dan mengumumkan secara rasmi calon Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum Pakatan Harapan (PH) mempertimbangkan untuk mengadakan debat terbuka bersama Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, jika Jalaluddin bukan merupakan calon Menteri Besar dari BN, maka tidak sesuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pertang itu untuk berdebat dengan Aminuddin.


“Adakah Jalaluddin calon menteri besar, adakah apabila Jalaluddin mencabar Tok Min (Aminuddin) ini mengesahkan bahawa Jalaluddin calon Menteri Besar dari BN dan PN?.


“Biar diumumkan dan diisytihar secara rasmi, kalau beliau salah seorang calon ADUN biasa, saya rasa tidak sesuai untuk mencabar Tok Min berdebat, Tok Mat (Datuk Seri Mohamad Hasan) , Zahid (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) isytihar dulu Jalaluddin calon Menteri Besar dari BN-PN, barul kita bokeh pertimbangkan,” katanya pada sidang akhbar PH di sini hari ini.


Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, beliau akan meneliti dahulu perkara itu sebelum memutuskan sama PH akan meneruskan debat itu ataupun tidak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *