Semua kaum di Linggi terima baik BN – Mohd Faizal

PORT DICKSON : Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd. Faizal Ramli optimis mampu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi berdasarkan prestasinya sebagai wakil rakyat sebelum ini biarpun berhadapan cabaran hebat daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Amiruddin Harun.

Beliau berkata, penerimaan penduduk DUN Linggi terhadapnya dan Barisan Nasional (BN) amat baik sepanjang hampir tiga tahun beliau berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan itu.

“Saya tiada hubungan negatif dengan mereka (penduduk DUN Linggi) baik Cina, India dan Melayu.

“Setiap kali perayaan, majlis dan program, saya dijemput dan akan hadir. Ramai yang sanggup membantu saya (kekal di DUN Linggi),” katanya ketika ditemui sewaktu berkempen di DUN Linggi di sini semalam.

Mohd. Faizal berkata, Linggi amat istimewa kerana dia berkhidmat di kawasan dia dibesarkan.

Sehubungan itu, beliau berikrar bersaing secara sihat dengan dua calon lain termasuk Aminuddin sehinggalah hari pengundian, 1 Ogos depan.

Pada PRN Negeri Sembilan ke-16, selain Aminuddin, Mohd. Faizal turut berhadapan Zambri Mat Said dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *