PH umum Manifesto PRN Negeri Sembilan

SEREMBAN : Pakatan Harapan (PH) melancarkan manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan malam tadi.

10 komitmen utama telah digariskan dalam manifesto diumumkan Pengerusi PH Negeri Sembilan, Datuk Aminuddin Harun itu.

Antaranya :

  • Menambah baik kadar bantuan tuan one-off bagi Skim Sejahtera Rakyat (SSR)
  • Menyediakan 30,000 peluang pekerjaan berpendapatan tinggi menerusi pembangunan NS Semiconductor Valley 2.0 dan Nilai Advanced Photonic AI Manufacturing City.
  • Membina 20,000 rumah mampu milik
  • Membangunkan projek berimpak tinggi seperti Seremban Sentral, Hospital Bandar Enstek, Pelabuhan Antarabangsa Port Dickson dan Lebuh Raya Pintasan Senawang–Port Klang
  • Meningkatkan kekerapan perkhidmatan komuter dua hala antara Seremban dengan Kuala Lumpur
  • Menjanjikan kemajuan seimbang antara bandar, luar bandar serta Felda
  • Membangunkan sektor pelancongan dan Warisan Adat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *