Tauliah mengajar agama ahli politik, calon digantung sepanjang PRN

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menggantung sementara tauliah mengajar agama kepada ahli politik atau calon pilihan raya sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN).

Perkara itu dimaklumkan Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Asri Abdullah menerusi satu surat bertarikh 20 Julai kepada pengerusi jawatankuasa kariah masjid, surau solat Jumaat dan surau di negeri ini

“Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan memutuskan supaya semua aktiviti pengajaran dan penyampaian ceramah agama oleh pemegang Tauliah Mengajar Agama Negeri Sembilan dalam kalangan ahli politik atau calon PRN Ke-16 digantung sementara sepanjang tempoh rasmi kempen pilihan raya.

“Ia bagi menjunjung Titah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,” katanya menerusi satu surat.

Mohd Asri berkata, penggantungan ini berkuat kuasa mulai 18 Julai lalu sehingga satu notis pemberitahuan baharu dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.

“Kegagalan mematuhi arahan ini boleh menyebabkan tindakan lanjut diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa serta syarat Tauliah Mengajar Agama Negeri Sembilan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *