Kutuk kerajaan Perpaduan, kena letak jawatan

SEREMBAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak terutama anggota Kabinet dan agensi kerajaan agar tidak menyerang rakan-rakan dalam kerajaan Persekutuan sewaktu berkempen untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau berkata, mana-mana pihak yang tidak menjaga disiplin tersebut perlu berundur daripada jawatannya di peringkat Persekutuan.

“Kalau dia pegang jawatan Persekutuan, dia tak boleh serang, menjadikan ini sebagai satu medan politik menyanggah kerana kena jaga disiplin.

“Kita kena jaga supaya jangan langgar. Kalau ada pelanggaran, saya akan minta mereka undur,” katanya di Dewan Komuniti Taman Perpaduan, Ipoh, Perak hari ini.

Anwar berkata, arahan itu bertujuan agar hubungan kerajaan Perpaduan di Persekutuan kekal baik biarpun saling bersaing dalam PRN Negeri Sembilan.

Beliau berkata, ia membolehkan kerja dan dasar-dasar kerajaan Perpaduan dapat diteruskan tanpa sebarang kekangan.

Anwar berkata, arahan itu telah dimaklumkan kepada dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof masing-masing daripada Barisan Nasional (BN) dan Gagasan Parti Sarawak (GPS).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *