PORT DICKSON – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun daripada Pakatan Harapan (PH) berdepan cabaran tiga penjuru untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.
Selain penyandang, Datuk Mohd. Faizal Ramli daripada Barisan Nasional (BN),
Pengerusi PH negeri itu akan dicabar Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Cawangan Linggi, Datuk Zamri Md. Said.
Ketiga-tiga calon sah bertanding dalam DUN Linggi selepas diumumkan Pegawai Pengurus PRN Negeri Sembilan Daerah Port Dickson, Nurhazelin Makli di Pusat Penamaan Calon Kompleks Pentadbiran Port Dickson hari ini.
Dalam pada itu, Aminuddin mengakui bukan mudah untuk merampas DUN Linggi memandangkan ia kubu kuat BN sejak sekian lama.
Begitupun Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang beralih dari DUN Sikamat itu yakin mampu menggalas cabaran tersebut sehingga memenangi kerusi tersebut pada PRN Negeri Sembilan, 1 Ogos depan.
Pada PRN Negeri Sembilan 2023, Mohd. Faizal berjaya mengekalkan penguasaan BN dengan majoriti 1,461 undi menewaskan Zamri.
Sementara itu, DUN Sri Tanjung menyaksikan pertembungan lima penjuru antara penyandang Datuk Dr. G.Rajassekaran daripada PH dengan A.Achutan (BN), M.Leevineshwaraan (Bersatu) dan dua calon bebas iaitu Islah Wahyudi Zainudin dan A.Saravanan.