SEREMBAN : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang bertanding solo meletakkan 24 calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 pada 1 Ogos ini.
Bersatu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu dan Gemas yang dimenangi dengan logo Perikatan Nasional (PN) pada PRN Negeri Sembilan ke-15 pada 2023.
DUN Labu dipertahankan penyandang, Hanifah Abu Bakar yang juga Pengerusi Bersatu Negeri Sembilan.
Ketua Biro Guaman Armada, Zolazrai Zolkapli pula diberi misi untuk mengekalkan DUN Gemas setelah penyandangnya, Ridzuan Ahmad berhijrah ke Parti Wawasan Negara (Wawasan) dan akan bertanding di bawah PN.
Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Tun Faisal Ismail Aziz pula dipertaruhkan
untuk merampas DUN Sikamat yang ditinggalkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (Pakatan Harapan) setelah beralih ke DUN Linggi.
Bersatu turut meletakkan bekas Ketua Pemuda UMNO Seremban, Zool Amali Hussein untuk merampas DUN Lenggeng.
Ketua Sayap Bersekutu Bersatu, R. Sri Sanjeevan pula bertanding di DUN Jeram Padang.
Kesemua calon Bersatu tersebut diumum Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis Pelancaran Jentera dan Pengumuman Calon Bersatu di Nilai dekat sini hari ini.