SEREMBAN : Pas menafikan dakwaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kononnya Perikatan Nasional (PN) tidak bermesyuarat bagi pembahagian kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.
Ketua Penerangan Pas, Tan Sri Annuar Musa berkata, Majlis Tertinggi PN telah menetapkan mesyuarat memuktamadkan calon, pembahagian kerusi dan penggunaan lambang dalam PRN tersebut pada 9.30 pagi tadi.
Beliau bagaimanapun menghormati keputusan Bersatu mahu menggunakan logo sendiri pada PRN Negeri Sembilan biarpun ia seakan mendahului Majlis Tertinggi PN.
“Keputusan Bersatu bertanding menggunakan logo sendiri menunjukkan parti itu secara sukarela memilih untuk ‘mufarakah’ (berpisah) daripada PN pada PRN Negeri Sembilan,” dakwa dalam kenyataan menerusi akaun Facebooknua hari ini.
Malam tadi, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan parti itu akan menggunakan simbol sendiri pada PRN Negeri Sembilan.
Beliau mendakwa keputusan berat itu dibuat berikutan kegagalan PN menangguhkan Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Kerusi serta tidak melibatkan Bersatu dalam agihan kerusi dalam PRN Negeri Sembilan.