SEREMBAN: Seorang wanita mualaf yang tinggal bersendirian ditemui sudah meninggal dunia di satu unit rumah pangsapuri di Ampangan di sini, membawa kepada penemuan mayat seorang wanita, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, orang memaklumkan kepada polis mengenai kejadian itu selepas terhidu bau yang kurang yang menyenangkan dari unit berkenaan.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Yatim Osman berkata, wanita berusia 40 tahun itu dipercayai sudah meninggal dunia dalam tempoh empat ke lima hari lalu.
“Polis Daerah Seremban mengesahkan menerima satu laporan berhubung
penemuan seorang wanita tempatan yang meninggal dunia di sebuah unit kediaman di flat dekat Ampangan.
“Pihak polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung bau yang kurang menyenangkan dari sebuah unit kediaman di
lokasi berkenaan.
“Sepasukan pegawai dan anggota polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bergegas ke lokasi bagi menjalankan pemeriksaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Ujar beliau, dengan bantuan pihak JBPM, pintu rumah itu berjaya dibuka dan seorang wanita ditemui meninggal dunia di dalam rumah.
“Pemeriksaan awal di tempat kejadian
mendapati tiada sebarang tanda pergelutan, unsur jenayah atau kesan pecah masuk.
“Siasatan awal turut mendapati mangsa dipercayai tinggal bersendirian dan mempunyai sejarah beberapa masalah kesihatan,” katanya.
Mohd Yatim memaklumkan, kematian wanita itu disahkan pegawai perubatan di lokasi kejadian sebelum mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Rembau untuk menjalani bedah siasat bagi mengenal pasti punca
sebenar kematian.
“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan masih diteruskan sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya.
Justeru katanya, polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak sahih berhubung kejadian ini bagi menghormati keluarga mangsa serta tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.
“Sebarang maklumat berkaitan kejadian ini boleh disalurkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Seremban atau balai polis berhampiran,” katanya.