DAP umum pengawai penyelidik calon DUN Seremban Jaya

nor
nor

SEREMBAN : Penolong Setiausaha Organisasi DAP Negeri Sembilan, S.Mugunthan, 40, diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seremban Jaya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16.

Mugunthan yang juga pegawai Penyelidik kepada Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan dipilih bagi menggantikan penyandang, Datuk P. Gunasekaran yang telah mewakili Seremban Jaya sejak tahun 2008.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook pada Majlis Pelancaran Jentera PH DUN Seremban Jaya di sini hari ini.

Anthony berkata, beliau yakin DAP mampu mempertahankan kerusi berkenaan yang dimenangi parti itu sejak tahun 2008 ketika kawasan tersebut masih dikenali sebagai DUN Senawang.

“Meskipun tampil sebagai muka baharu pada pilihan raya kali ini, Muguthan bukanlah asing dalam parti kerana telah bersama DAP sejak 2012.

“Selama empat penggal berturut-turut kita terus mendapat sokongan rakyat di DUN ini. Saya berharap DAP sekali lagi diberi mandat oleh rakyat dan PH terus membentuk kerajaan negeri,” katanya.

Beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan turut merakamkan penghargaan kepada Gunasekaran atas khidmat cemerlang yang diberikan kepada penduduk dan pengundi di DUN berkenaan sejak memenangi kerusi itu buat kali pertama.

Menurutnya, meskipun PH ketika itu berdepan kekangan kewangan, ia tidak pernah dijadikan alasan oleh Gunasekaran untuk terus berbakti dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Saya boleh katakan Gunasekaran ialah ‘orang parti’ kerana pada PRN kali ini beliau berbesar hati memberi laluan kepada muka baharu selepas menang empat kali bertanding dalam tujuh pilihan raya,” katanya.

Sementara itu, Mugunthan mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan DAP atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk mewakili PH di DUN Seremban Jaya.

“Saya menerima amanah ini dengan penuh rasa rendah diri. Saya menyertai DAP pada tahun 2012 ketika masih lagi bekerja sebagai jurutera,” katanya.

nor
nor
nor
nor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *