JHEAINS: Baca penuh khutbah Jumaat diperakui sahaja

SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) memberi amaran agar semua khatib masjid bertauliah di seluruh negeri ini tidak menokok tambah khutbah Jumaat yang disediakan.

Jurucakap JHEAINS berkata, tindakan boleh diambil terhadap mana-mana pihak yang menyampaikan khutbah Jumaat tanpa mengikut teks ditetapkan apatah lagi tanpa kebenaran.

“Seksyen 113A (1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2004 menetapkan satu kesalahan bagi mana-mana orang yang membaca atau menyampaikan khutbah tanpa kebenaran.

“Mana-mana orang yang membaca atau menyampaikan khutbah selain disediakan dan diperakui juga satu kesalahan mengikut Seksyen 113A (2) enakmen sama,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jurucakap JHEAINS berkata, hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya boleh dikenakan jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, segelintir masjid di negeri ini didakwa membaca bacaan doa kesejahteraan untuk Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Undang luak yang berbeza daripada kelaziman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *